Sunday, June 15, 2008

SMK Taman Connaught


Baru aje habiskan kem kepimpinan dengan SMK Taman Connaught.
Peserta 40 orang, penuh dengan segala karenah manusia. Kalau dikatakan mereka kurang berkerjasama tak jugak, kurang motivasi, tak jugak, kurang daya kepimpinan, mayb.
Ketua mereka adalah seorang pelajar perempuan. Assistant pulak seorang lelaki. HEHEHE girl power katakan. Ketua mereka boleh dikatakan ok kalau diukur dari segi usia beliau. Cuma apa yang kurang dalam diri beliau adalah keyakinan diri, ketegasan dan semangat untuk memimpin (yang ini mungkin kerana beliau penat kot.......)
1 aktiviti baru telah diperkenalkan iaitu permainan war game. Best pulak sebab pada permulaan fc pegi kacau masa pembuatan bendera dan mereka tak dapat buat apa2 wakaka. Seperti biasa, denda untuk mereka adalah makan bawang putih dan denda yang serius adalah berendam dalam lumpur. Apa lagi, pelajar kena denda. Untuk kumpulan ini, dah masuk lumpur 2 kali. Dua-duanya adalah melanggar peraturan perjalanan aktiviti. STANDARD!!!!!!!! Sukanya mereka main war game. Habis 1 badan kena air sirap.......
Malam, aktiviti solo night walk. Ada jugak pelajar kena sergah...........
sergah oleh FC...... hahaha
Dalam kem ni, I dapat sifu baru. 2 yang dalam gambar. Tengok 2.... sume jealous dengan dia. (Hansem jugak lo.....) Sifu I ni tak kering gusinya. Asyik nak senyum aje. Kena denda pun senyum jugak.
Pada penghujung kem, FC pulak yang kena..... kena baling dengan tepung. Teruk kena jugak tapi HAPI........
Tanx kepada Chuang Vi Yen, Bryan Choi, Jolynn Koh, My Sifu, The Scout Guy and the rest of the team. So......r........i....... if I have caused you guys inconvenience or wrong u in any way.