Tuesday, July 22, 2008

Our Earth......

This morning as I was browsing through my old MP3s, I came across Michael Jackson's Earth Song. It sends a strong message for u and me. Hope u all will get the message

Resume

Hari ini nak cakap pasal RESUME atau biodata....

Resume ini sangat penting krn ia menggantikan diri untuk bercakap dengan bakal boss. Dapat atau tidak kerja tersebut adalah bergantung kepada resume yang dibuatnya.

Baru-baru ini, I terbaca sebuah resume seorang ex-member (kenapa ex... itu cerita lain). Resumenya biasa aje...nama, tarikh lahir, nombor kontak, pendidikan, pengalaman bekerja dll.

Apa yang mencuit hati ialah cara dia menceritakan pengalaman kerjanya....BRAGGING. Tempat terakhir yang dia kerja adalah di satu ofis di Kuala Lumpur sebagai seorang pembantu pentadbir.

Tempoh dia tulis tentang dia bekerja disitu adalah 9 bulan dalam tahun 2008. Padahal sekarang adalah bulan Julai, mana datang 3 bulan itu.... Dan, apa yang I tahu ialah dia mula kerja bulan pertengahan bulan April.... jadi dari April sehingga sekarang baru genap 3 bulan. Mana yang lagi 6 bulan itu????????????

Ini amat bercanggah dengan moto hidupnya yang ditulis dalam resume iaitu JUJUR, mana kejujurannya??????

Resume seharusnya ditulis dengan kejujuran, kalau nak tipu pun, janganlah tipu sampai kantoi, takkan pengurus HRM ataupun BOSS tak cerdik. Resume seharusnya memasarkan seseorang BUKAN untuk menghancurkan seseorang.

Kalau masa menulis resume itu, tak memikir dengan secara serius, buat dengan sewenang-wenangnya, inilah terjadi.....

Kantoi dengan penipuan, hancur perwatakan diri.

Sunday, July 20, 2008

Staf Resign

Baru-baru ni ada seorang staff perempuan yang telah berhenti kerja.......tiba-tiba pulak 2.... tak bagi pun 24 hrs notis. Notis yang dihantarkan pun waktu lepas kerja......

Kebiasaannya kalau staff berhenti, adalah terasa sedikit sebanyak gangguan ditempat kerja, misalan kerja bertambah lebihke atau terasa macam kehilangan sesuatu.

Tapi yang peliknya, tak terasa pulak. I tanya kepada mereka yang tinggal, jawapannya tak terasa akan kehilangannya, macam time dia ada pun sama dengan time masa dia takde.

Ini menyebabkan I terpikir, kalau suatu hari I dah mati, adakah orang akan terasa kehilangan I , mengingati I atau tak ingat langsung...... ataupun ingat yang buruk aje tentang diri I.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, jadi persoalannya time I mati meninggalkan nama ke tidak, atau nama baik atau tidak????? Sedih jugak bila memikirkan adakah I akan 'keseorangan' dalam hidup ini.

Apa yang I belajar dari pemergian staf ini ialah beliau tidak berapa meninggalkan kenangan manis di kalangan staf kat sini. Kinda of sad..... Yang disini hanya ingat akan benda yang buruk. Aiks... kenapa boleh terjadinya??????????

Friday, July 18, 2008

Happiness At Work ......

Baru aje habis 1 ceramah dengan staff SK Batu Tiga (2), ceramah tentang stress at work or happiness at work.....your choice.
Dalam itu, I menyentuh tentang kegembiraan di tempat kerja dan cara ia berkait rapat dengan masalah stress. U all tahukan stress yang melampau boleh menyebabkan rambut gugur dengan banyaknya.......sb tension kang, tarik rambut lor......
Stress byk wujud disekeliling kita, tak kiralah u ni pelajar ataupun yang telah bekerja. Ia datang dari hubungan sesama manusia, persekitaran dan juga pekerjaan / persekolahan.
Persoalannya ialah macamana untuk mengurangkan tekanan stress. Stress bukan tak baik sebenarnya...ia memotivasikan kita untuk membuat sesuatu. Kalau ia terlalu banyak, memudaratkan kesihatan mental dan fizikal.......
So, kita kenalah tahu macam mana nak meringankan stress itu........

Sunday, July 13, 2008

SMK Damai Perdana


Baru aje abis bengkel kepimpinan di SMK Damai Perdana. Para pesertanya tak ramai, HANYA 26o peserta, heheheh

Jauh jugak nak pergi ke sekolah ni, 1 jam lebih....kenalah bangun awal. Sekolah ini atas bukit, best jugak, berangin, jadi nyamanlah, tak panas.

Ingatkan tak dapat kawal bengkel ini tapi hehehe budak sekolah ini berdisiplin dan mendengar arahan.......oklah 2.

Secara ringkasnya, pelajar sekolah ini belum lagi terdedah kepada aktiviti yang kami jalankan. So, kebanyakan dari mereka enjoylah....sampai ada yang terjerit-jerit.......

Kebanyakannya sporting. Nak tahu betapa sporting, tengoklah youtube http://www.youtube.com/watch?v=9QsMchfd4_

Anway kepada Farina, Kila, Fazlyna and the others, seronok dapat berjumper........

Friday, July 4, 2008

You are what you are ..........

You are what you are because you've chosen to be like that..........

Benar atau tidak???????

Baru-baru ini, I berpeluang bercuti selama 2 malam seorang diri..... kahkahkah. Percutian kali ini amat berlainan sebab ia mengandungi banyak insiden yang boleh menjadikan seseorang itu menjadi INCREDIBLE HULK (in this case HULKESS)......

Insiden pertama: Mangga beg rosak tak boleh dibuka. Ia disedari semasa didalam dewan menunggu......
Dua pilihan: samada panik, berpeluh, menjerit minta tolong ATAU relaks, cuba buka kunci tersebut tanpa rasa risau.
Outcome: I pilih yang kedua sebab pertama I dalam percutian, takde benda yang boleh mengganggu percutian ini, kedua, kalau I risau pun tak guna dan ketiga, I tarik nafas panjang, tahan dan I fikir secara positif yang I dapat buka balik mangga kunci ini malam itu, siap bayangkan secara jelasnya bagaimana I nak buka mangga tersebut. So..... malam 2, dapat juga buka mangga tersebut.

Insiden kedua: Sampai aje kat airport, mata sebelah kiri dimasuki pasir....... sakit siut, masa 2 pakai kontak lens...huhuhu berair mata, orang ingat menangis............

Insiden ketiga: Perut meragam buat hal, penuh dengan angin sepanjang percutian

Insiden keempat: Tak dapat makan udang galah sebab sakit perut

Insiden kelima: Hari nak balik itu, hujan lebat. Flight delay, telefon air asia tak dapat, tak dapat sarapan dengan seeloknya, duduk bersama penumpang-penumpang yang bising (sama seperti masa nak pergi, huhuhu... kesian pramugara tersebut), sampai kat LCCT, hujan lagi........

Insiden keenam: Terpaksa tunggu lama untuk member datang jemput balik rumah. So makan tengahari I ialah pada pukul 5.

Banyak insiden yang boleh memusnahkan percutian kali ini TETAPI I tak benarkan insiden ini mengganggu.

Dalam percutian ini, I belajar 1 perkara..... selalu berpemikiran positif, jangan biarkan perasaan atau pemikiran negatif masuk mengganggu

Sunrise or Sunset

What do you think? Is this sunrise or sunset?????


Well, samada ia sunrise or sunset adalah terpulang kepada mata dan hati orang yang memandang.

Sunrise bermaksud permulaan manakala sunset bermaksud berakhir.

Hati kita yang menentukan gambar ini sunrise atau sunset.

Sama juga bila kita membuat sesuatu, kitalah yang menentukan samada ia berjaya ataupun tidak.


Selain daripada itu, gambar ini juga bermaksud, setiap perkara mengandungi dua atau lebih maksudnya, terpulang pada pendengar atau pengamatnya untuk menerima apa yang dimaksudkan.

Tapi sebelum seseorang itu menerima, kenalah siasat dengan teliti apa sebenarnya maksud yang hendak disampaikan.
Sama seperti secawan gelas yang diisi separuh dengan air. Kita boleh mengatakan yang ia adalah separuh isi dan kita juga boleh mengatakan yang ia adalah separuh kosong.
Yang pentingnya kita kena sedarlah yang kita adalah penentu kejayaan dan kegagalan diri sendiri.............
So..... u nak berjaya atau tidak, tanyalah diri sendiri.