You are what you are because you've chosen to be like that..........
Benar atau tidak???????
Baru-baru ini, I berpeluang bercuti selama 2 malam seorang diri..... kahkahkah. Percutian kali ini amat berlainan sebab ia mengandungi banyak insiden yang boleh menjadikan seseorang itu menjadi INCREDIBLE HULK (in this case HULKESS)......
Insiden pertama: Mangga beg rosak tak boleh dibuka. Ia disedari semasa didalam dewan menunggu......
Dua pilihan: samada panik, berpeluh, menjerit minta tolong ATAU relaks, cuba buka kunci tersebut tanpa rasa risau.
Outcome: I pilih yang kedua sebab pertama I dalam percutian, takde benda yang boleh mengganggu percutian ini, kedua, kalau I risau pun tak guna dan ketiga, I tarik nafas panjang, tahan dan I fikir secara positif yang I dapat buka balik mangga kunci ini malam itu, siap bayangkan secara jelasnya bagaimana I nak buka mangga tersebut. So..... malam 2, dapat juga buka mangga tersebut.
Insiden kedua: Sampai aje kat airport, mata sebelah kiri dimasuki pasir....... sakit siut, masa 2 pakai kontak lens...huhuhu berair mata, orang ingat menangis............
Insiden ketiga: Perut meragam buat hal, penuh dengan angin sepanjang percutian
Insiden keempat: Tak dapat makan udang galah sebab sakit perut
Insiden kelima: Hari nak balik itu, hujan lebat. Flight delay, telefon air asia tak dapat, tak dapat sarapan dengan seeloknya, duduk bersama penumpang-penumpang yang bising (sama seperti masa nak pergi, huhuhu... kesian pramugara tersebut), sampai kat LCCT, hujan lagi........
Insiden keenam: Terpaksa tunggu lama untuk member datang jemput balik rumah. So makan tengahari I ialah pada pukul 5.
Banyak insiden yang boleh memusnahkan percutian kali ini TETAPI I tak benarkan insiden ini mengganggu.
Dalam percutian ini, I belajar 1 perkara..... selalu berpemikiran positif, jangan biarkan perasaan atau pemikiran negatif masuk mengganggu