Projek atau saya gelarkan kes saya memang memberi impak yang mendalam dan teruk dalam hidup I.
Kesnya nampak senang tetapi ...............
Susahnya nak jaga anak orang. Bagi I, keselamatan itu adalah paling utama. Tak kisah dipandang sombong atau jahat asalkan diakhir projek itu, anak-anak dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan sempurna.
Dalam projek ini, I dapat melihat pelbagai karenah; ada yang buruk dan ada yang baik. Mereka belum pun melangkah ke dunia pekerjaan dah mula berlagak sebagai seorang yang telah keje. Merokok, biasalah itu. Masalahnya adakah mereka pikir dari mana datangnya duit beli rokok itu. Jawapannya kerje part time. Senang aje jawapannya. Keje dapat duit beli rokok. Apa yang mereka tak sedar yang mereka masih dibawah tanggungan keluarga. Makan, minum, tidur, pakaian dan perbelanjaan atas tanggungan keluarga. Terpikir adakah mereka pernah menyumbang sedikit balik kepada famili? Ringankan beban famili. Dah dapat duit melalui keje mulalah membanggakan diri. Ni orang dah keje full time pun tak cukup duit nak beli rokok. Tengoklah harga minyak sekarang.........
Ada pulak yang tanya mana tempat clubbing???? Tahuke apa maksud clubbing, tak cukup umur nak masuk tempat clubbing....... Orang tua sibuk-sibuk nak jadi muda, ini pulak yang muda sibuk sibuk nak jadi tua...
Jugak ada yang familinya yang dikira golongan mampu, suka mengadu. I dengar dari mereka yang pengadu-pengadu ni banyak mengadu jugak kat tempat lain. Mengadu itu boleh sebab ia memang hak seseorang tetapi biarlah bertempat. Banyak mengadu, orang tak suka, akhirnya akan melarikan diri dari siDia. Tinggallah siDia keseorangan, mulalah mengadu dia tak berkawan, kawannya tak baik, kawannya jahat. Dia pulak tak sedar yang semuanya ini bermula dari sikap yang suka mengadu.
Ada jugak yang mengatakan yang diri I ni sombong. I bukan sombong. I rasa I seharusnya tegas untuk menjaga keselamatan mereka dan jugak pasukan I. Kalau I tak buat gitu, mereka takkan was-was tentang diri I. Rakan I yang peramah sangat dengan mereka, diminta buat perkara yang I rasa tak sepatutnya dibuat oleh dia contoh bawak beg dia orang.......
Susahnya nak jaga keselamatan.
Kali ini jugak membuat i terpikir adakah I mampu menjadi memimpin pasukan I selepas semua insiden ini?????
Semangat yang ada dalam diri I nampaknya dah mula malap bila I mula mencurigai kemampuan dan kebolehan I untuk memimpin pasukan.........
Mungkinkah I akan dapat kembali semangat itu????