Dalam kem mahupun bengkel, msti ada waktu yang dikhususkan untuk orang Islam sembahyang; subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Kalau mengikut kiraan matematik, sehari sembahyang 5 kali, maka setahun dah 5 x 30 x 12 bulan = 1800 (lebih kuranglah). Itu baru setahun. Kalau dia dah berumur 15, 16 tahun, berapa kali dia dah buat rutin yang sama pada setiap hari, sembahyang subuh, sembahyang zohor, sembahyang asar, sembahyang maghrib dan sembahyang isyak? Ish....... dah lebih dari 10,000 kali.
Kalau dia dah buat benda yang sama lebih dari 10,000 kali, perlukah dia dibangunkan dari tidur untuk sembahyang subuh? Maksudnya, sembahyang telah menjadi 1 rutin harian hidupnya sama seperti masa untuk makan. Kalau mereka boleh ingat waktu makan, takkan mereka tak ingat masa untuk sembahyang.
Kenapa mereka yang pergi ke kem itu, yang berumur 15 tahun dan keatas, perlu dibangunkan dari tidur untuk sembahyang subuh?
Bukankah itu menjadi tanggungjawab diri mereka sendiri, dimana mereka kena menjawab sendiri dengan PENCIPTANYA di akhirat?
Satu lagi yang I tak paham ialah kenapa guru pengiring yang mengikuti kem haruslah memastikan mereka sembahyang didalam kem, yang mereka kena menjawab dengan ibubapa pelajar.... Kalau itu adalah satu kemestian untuk guru pengiring berbuat demikian, adakah kemestian ini juga seharusnya wujud semasa didalam sekolah? Guru pengiring adalah guru didalam sekolah, jadi, adakah mereka seharusnya memastikan setiap pelajar bersembahyang Zohor dan Asar? Adakah mereka akan berdiri sambil memegang rotan meminta pelajar mereka pergi sembahyang?
Apa yang hendak disampaikan disini adalah seseorang pelajar Islam itu seharusnya SEDAR dan INSAF kenapa dia seharusnya sembahyang. Bukan kerana dia takut dan malu barulah dia nak sembahyang. Kalau dia sembahyang kerana takutkan rotan atau orang ketawakan dia kerana tak sembahyang, itu sebenarnya adalah hiprokit, buat buat untuk orang tengok.
So...... pelajar seharusnya disedarkan bukan berterusan seperti sekarang, mengharapkan orang lain supaya mengejutkan dia untuk sembahyang!!!!!!