Pelik, pelik dalam satu insiden yang sama bole berlaku banyak versi tentang insiden tersebut. Ini menyebabkan mana satu versi yang betul dan mana satu versi yang bohong. Dalam sepanjang karier I, dah banyak kali terjumpe perkara yang sebegitu. A cakap versi A, B cakap versi B dan C cakap versi C tetapi kesemuanya tentang perkara yang sama.
Sekiranya diselidik mesti ada seseorang yang telah berbohong ataupun terlupa nak tambah sesuatu ayat atau sengaja tinggalkan ayat tersebut.
I sememangnya tak puas hati dengan tindakan setengah pihak yang tidak mengaku akan kesalahan mereka tetapi sebaliknya menceritakan perkara buruk tentang orang lain. Dia pulak tak tahu yang apa yang dia cerita itu akan memberi impak yang serius kepada para pendengar. Diri yang buruk tidak diceritakan tetapi suka pulak memburukkan orang lain.
Kesian jugak pada pendengarnya, yang mana 1 yang dia nak percaya.
Kalau diikutkan hati, ingin sangat nak telefon dia mintak dia berhentikan pendustaan semua.
Tapi pikirkan ballik, berbaloike......
manalah tahu dia pulak anggap yang I ni mengugut dia, marah teruk dengan dia sedangkan I tak buat gitu.
Ha..........i apa yang perlu dibuat sekarang????????
Rasanya kenalah bersabar sekarang!!!!!!!
Orangnya manis dan cantik tapi mulutnya betul betul racun..........