Apa persamaan yang ada diantara Mahatma Gandhi, Ho Chi Ming dan adik beradik Wright?
Mahatma Gandhi adalah pejuang kebebasan negara India
Ho Chi Minh, pejuang kebebasan negara Vietnam
Adik beradik Wright adalah pencipta kapal terbang.
Mesti u terpikir yang Gandhi itu seorang yang berpengaruh, yang datang dari kerabat diRaja, Ho Chi Minh itu seorang panglima atau adik beradik Wright, jurutera....
Hakikat yang sebenarnya Gandhi adalah seorang peguam biasa, Ho Chi Minh hanyalah seorang cendekiawan dan adik beradik Wright adalah pembaik basikal yang sederhana.
Jadi, apa yang menyebabkan mereka menjadi hero dalam sejarah???
Jawapannya hanya 1 iaitu kepercayaan yang luar biasa. Mereka percaya yang mereka boleh berbuat sesuatu untuk mengubah keadaan semasa.
Sama seperti kita, apa yang kita percaya boleh merubah nasib dan kedudukan kita.
Misalan, jika kita percaya tentang yang kita ini seorang yang bodoh, maka bodohlah jadinya...
Jika kita percaya yang kita ini seorang yang cerdik, cerdiklah jadinya.
Jika kita percaya yang kita ini tidak mampu lulus peperiksaan, maka gagal jadinya.
Jika kita percaya yang kita ini lulus, maka lulus keputusannya.
Jika kita percaya yang kita ini miskin dan tidak mempunyai apa-apa, maka miskinlah kitanya.
Jika kita percaya yang kita ini kaya, maka kayalah hidupnya.
Kenapa pulak begitu??
Sebab bila kita percaya pada sesuatu hakikat, otak kita akan berusaha untuk mengiakan hakikat tersebut.
So, percayalah kita boleh mengubah nasib kita.