Tinggal belasan hari untuk rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51..... takde feel pun yang hari itu semakin dekat. Malah terasa risau dan takut adalah dengan insiden di Majlis Peguam sabtu lalu dan perarakan bantahan dari pelajar UITM. Lepas ini, entah apa pulak yang akan berlaku.
Kalau tengok dari TV tentang insiden Majlis Peguam, pembantah-pembantah nampaknya mengerunkan, macam nak bakar aje pejabat Majlis Peguam itu.
Semalam pulak insiden pelajar UITM membantah dengan cadangan kemasukan 10% pelajar bukan Bumiputera. Memang tak paham dengan pemikiran pelajar UITM ini, dah masuk kurun 21 tapi pemikiran masih tak berkembang. Apa masalah dengan pengambilan pelajar bukan bumiputera sebanyak 10% itu??? Bukannya nak rampas hak bumiputera tapi nak bagi peluang untuk mereka bersaing. Mereka tak tahuke yang kat dalam dunia pekerjaan, ramai majikan kurang yakin dengan pelajar lepasan UITM. Kemahiran yang paling asas iaitu bercakap dalam bahasa Inggeris pun tak pass........Mahasiswalah 2....
Sebenarnya adakah mereka terpikir tentang perasaan bangsa lain??????